Singapura akan melaksanakan satu lagi hukuman gantung terhadap seorang rakyat Malaysia bagi kesalahan menyeludup dadah awal pagi esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Singapura akan melaksanakan satu lagi hukuman gantung terhadap seorang rakyat Malaysia bagi kesalahan menyeludup dadah awal pagi esok.

K. Datchinamurty, 34, sebelum ini di tahan di Penjara Changi sejak 2011 sementara hukuman itu dijalankan.

Pelaksanaan hukuman itu sehari selepas hukuman gantung sampai mati terhadap Nagaentharan Dharmalingam semalam sebelum jasadnya telah di bawa keĀ  Tanjung Rambutan, Perak.

Tertuduh, Datchinamurthy akan menjalani hukuman gantung sampai mati selepas dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang bertarikh 22 April lalu.

Datchinamurthy ditahan dan didakwa atas tuduhan mengedar 44.9 gram diamorphine yang juga dadah yang diperbuat daripada heroin sekitar tahun November 2011.

Ketika ditahan, Datchinamurty bersama seorang wanita Singapura namun wanita itu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Maklumat lebih terperinci tentang tahanan belum dapat disahkan ketika ini.

Bagaimanapun difahamkan, peguam hak asasi manusia, M. Ravi yang juga jurucakap peguam LF Violet Netto mewakili Datchinamurthy mendakwa sepatutnya hukuman berkenaan tidak dijalankan ketika ini.

Ini kerana adanya saman terhadap Peguam Negara Singapura berkaitan dengan kes ini yang akan dibicarakan pada 20 Mei depan.

Ravi sebelum ini mendakwa, hukuman yang akan dijalankan itu adalah penghinaan terhadap mahkamah kerana terdapat saman terhadap peguam negara Singapura yang masih belum selesai.

Untuk makluman, pada 30 Mac lalu, seorang lagi rakyat Malaysia, Abdul Kahar Othman digantung kerana melakukan kesalahan dadah sekali gus menjadi individu pertama yang dihukum mati oleh republik ini dalam tempoh dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast