Foto: Twitter

SEOUL – Perikatan tentera Amerika Syarikat-Korea Selatan (USFK) melakukan latihan di salah sebuah kemudahan bawah tanah dalam usaha memastikan kesediaan pertahanan berikutan pelancaran peluru berpandu yang dilakukan Korea Utara baru-baru ini.

Menerusi akaun Twitter, Divisyen Infantri Kedua USFK mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan anggota tentera memakai topeng gas dan pakaian perlindungan semasa program khas latihan tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan masa dan lokasi latihan, lapor agensi berita Yonhap.

Ready First Soldiers melakukan latihan di kemudahan bawah tanah,” menurut ciapan Twitter tersebut. – Agensi

(https://en.yna.co.kr/view/AEN20220428010700325)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast