Pembekal Buluh, Aras Jumi Anak Lelaki Basarudin merentasi sungai selepas membawa hasil buluh di hutan pada waktu pagi dengan berbekalkan parang dan gergaji di Sungai Liam, Ulu Yam. Foto MUHD NA'IM 27 APRIL 2022.

Sambutan Aidilfitri sememangnya sinonim dan tidak lengkap tanpa juadah tradisi iaitu lemang. Menurut Aras Jumi Anak Lelaki Basarudin, 40 yang menambah sumber pencarian di musim perayaan dengan mencari buluh lemang lebih awal di persekitaran Sungai Liam, Ulu Yam memandangkan permintaan yang tinggi.

Berbekalkan parang dan gergaji, Aras perlu melalui hutan dan sedikit bukit bukau bagi mendapatkan buluh yang berkualiti. Aras menerima reaksi positif pelanggan yang mengakui berpuas hati dengan kualiti buluh yang dijual.

Mengikut harga pasaran, sebatang buluh boleh dijual dalam lingkungan RM1.50 ke RM2.00.

Pengurus Lemang, Shuhairil Ghani, 42 yang menjadikan sumber rezeki dengan menjual lemang daun lerek di musim perayaan Aidilfitri mendapat sambutan yang menggalakkan dengan dapat menjual 2000 lemang dalam masa seminggu.

Selepas dua tahun negara menghadapi pandemik covid-19, Shuhairil lega akhirnya negara berada di Fasa Peralihan ke Endemik sekaligus dapat membantu peniaga di musim perayaan ini.

Resepi yang dihasilkan dari turun-temurun berbekalkan bahan-bahan seperti buluh, santan, garam, beras pulut, kayu geta, daun lerek serta lain-lain. Proses ini mengambil masa lebih 3 jam.

Size lemang bermula dengan berharga RM16 size M, RM18 size L, RM20 size XL.

Pembekal Buluh, Aras Jumi Anak Lelaki Basarudin merentasi sungai untuk memulakan proses mencari buluh lemang dengan berbekalkan parang dan gergaji pada waktu pagi di Sungai Liam, Ulu Yam. Foto MUHD NA’IM 27 APRIL 2022.
Pembekal Buluh, Aras Jumi Anak Lelaki Basarudin membawa buluh selepas proses memontong buluh dengan menggunakan parang pada waktu pagi di Sungai Liam, Ulu Yam. Foto MUHD NA’IM 27 APRIL 2022.
Pembekal Buluh, Aras Jumi Anak Lelaki Basarudin memulakan kerja pada waktu pagi dengan memontong batang buluh dengan menggunakan gergaji pada waktu pagi di Sungai Liam, Ulu Yam. Foto MUHD NA’IM 27 APRIL 2022.
Pembekal Buluh, Aras Jumi Anak Lelaki Basarudin menyusun hasil buluh selepas mencari seberapa banyak buluh di Sungai Liam, Ulu Yam. Foto MUHD NA’IM 27 APRIL 2022.
Pengusaha, Shuhairil Ghani menggulung daun lerek untuk memasukkan di dalam batang buluh lemang sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Subang Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 APRIL 2022.
Pengusaha, Shuhairil Ghani memasukkan santan dan beras pulut ke dalam buluh sebelum membakar lemang sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Subang Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 APRIL 2022.
Suasana semasa proses membakar lemang lerek sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Subang Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 APRIL 2022.
Pekerja Lemang melakukan kerna-kerja membakar lemang sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Subang Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 APRIL 2022.
Pengusaha, Shuhairil Ghani memeriksa keadaan lemang lerek sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Subang Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 APRIL 2022.
Keadaan hidangan lemang lerek selepas di bakar sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Subang Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 APRIL 2022.
Pengusaha, Shuhairil Ghani menggunakan perkhidmatan penghantaran dengan tempahan lemang lerek sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Subang Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 APRIL 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast