Saturday, April 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

Anwar Rasmi Persidangan PEDi Madani 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil (kiri) dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching melakukan gimik Perasmian Persidangan (PEDi) Madani 2023 'Pemangkin Ekonomi Digital Negara' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 29 NOVEMBER 2023.

Kesiapsiagaan APM Hadapi Monsun Timur Laut

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diiringi Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed bergambar bersama Pasukan APM, Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) serta aset-aset persiapan bagi hadapi bencana Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 22 NOVEMBER 2023.

Keadaan Selepas Kebakaran Uptown Damansara

Keadaan kawasan bazar larut malam yang hangus terbakar sehingga melibatkan kira-kira 90 peratus gerai peniaga pada 8.34 malam semalam ketika tinjauan Malaysia Gazette di Uptown Damansara, Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM, 21 NOVEMBER 2023.

Perhimpunan Selamatkan Syariah di Istana Kehakiman

Lebih 1,000 orang membanjiri dan menunaikan solat hajat pada Himpunan Selamatkan Syariah di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 20 NOVEMBER 2023.

Aksi-Aksi Perlumbaan Grand Prix Malaysia 2023

Aksi pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 12 NOVEMBER 2023.

Enea Bastianini Juara Grand Prix Malaysia #MotoGP

Pelumba Ducati Lenovo Team, Enea Bastianini menjulang piala selepas menjadi juara Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 12 NOVEMBER 2023.

Aksi Pelumba Pada Sesi Kelayakan dan Tissot Sprint #MotoGP

Aksi pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez pada sesi kelayakan perlumbaan MotoGP sempena Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 11 NOVEMBER 2023.

Aksi-Aksi Hari Pertama Sesi Latihan Bebas #MotoGP

Aksi pelumba Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi pada sesi Latihan Bebas 1 perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 10 NOVEMBER 2023.

Mesyuarat Khas Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Ibu Pejabat pPrikatan Nasional, Publika, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 NOVEMBER 2023.

Reaksi Syed Saddiq Selepas Keputusan Kes di Mahkamah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicium ibunya Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz selepas didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas pertuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 NOVEMBER 2023.