Friday, March 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

Tiga Suspek Kes Culik Lelaki Palestin Tangan Bergari Ke Mahkamah

Dua suspek lelaki dan seorang wanita diiring polis ketika hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes pengubahan wang haram berjumlah RM 205,636.32 dalam kes penculikan warganegara Palestin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM,20 OKTOBER 2023.

Sidang Media SPR Umum Tarikh PRK P.040 Kemaman

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh bersama Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab menunjukkan peta kawasan Parlimen Kemaman pada sidang media bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 17 OKTOBER 2023.

Bantahan Projek Pembinaan Insinerator Batu Arang

Sebahagian penduduk blok 6 membuat bantahan Projek Pembinaan Insinerator (Loji Pembakaran Sampah) Batu Arang di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Foto MUHD NA’IM,15 OKTOBER 2023.

Anwar Ibrahim Siap Sedia Pembentangan #Belanjawan2024

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beg yang mengandungi dokumen Belanjawan 2024 Malaysia Madani untuk membentangkannya di Dewan Rakyat Parlimen ketika di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 13 OKTOBER 2023.

Anwar Ibrahim Solat Hajat dan Lancar Tabung Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdoa ketika menunaikan solat Jumaat dan solat Hajat susulan peristiwa serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 13 OKTOBER 2023.

Perasmian Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama peserta Mualaf ketika hadir pada Majlis Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 10 OKTOBER 2023.

Pameran Tahunan Hasil Kerja Pelajar Seni Bina

Pengunjung mencuba sendiri seni bina dan arca hasil kerja antara 20 pelajar universiti yang bertanding dengan mempamerkan pelbagai rekaan pada Program Pameran Tahunan Hasil Kerja Pelajar Seni Bina anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Beli Belah One Utama, Damansara. Foto MUHD NA’IM,09 OKTOBER 2023.

Supercar Menarik Perhatian Pengunjung di Motor Maniac Encore Edition

Orang ramai meluangkan masa pada cuti hujung minggu dengan berkunjung ke Motormaniac Encore Edition di bawah Bateriku.com yang mempamerkan 450 buah kenderaan supercar, JDM dan MDM yang dibawakan khas dari seluruh negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MyTown, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 07 OKTOBER 2023.

Datuk Bandar KL Rasmi Jalan Sambungan Taman Dato Senu ke Jalan...

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh diiringi Ahli Prlimen Batu ,Prabakaran Parameswaran (dua kanan) menyempurnakan gimik Majlis Perasmian dan Pembukaan Jalan sambungan Taman Dato' Senu 3 ke Jalan Kg Bandar Dalam, Sentul di Sentul, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM,07 OKTOBER 2023.

Kastam Rampas Dadah Kokain dan Ketamin

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan Pematuhan Kastam, Datuk Sazali Mohamad menunjukkan barang rampasan dadah pada sidang media mengenai sindiket pengedaran dadah jenis kokain dan ketamin bernilai RM1.3 juta di Kompleks Kargo Kastam, Sepang. Foto MUHD NA’IM, 04 OKTOBER 2023.