Friday, April 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

IPU Tidak Sihat – Pelitup Muka Murid Sekolah

Murid sekolah memakai topeng muka berikutan jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 162 API yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my sekitar jam 1 petang ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 17 OKTOBER 203.

Anwar Ibrahim Di Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama kakitangan Lembaga Tabung Haji pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Lembaga Tabung Haji di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 29 SEPTEMBER 2023.

YDP Agong Sampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1445H / 2023M

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenan menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul kepada Prof Datuk Dr. Syed Othman Syed Husin Al-Habsi pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1445H / 2023M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 28 SEPTEMBER 2023.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H #2023

Penduduk kampung menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Nurul Huda, Kampung Kenangan, Selangor. Foto MUHD NA’IM,28 SEPTEMBER 2023

PM Hadir Majlis Penutup Sidang Kemuncak ICT Malaysia 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pameran selepas Majlis Penutup Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Malaysia 2023 anjuran Huawei di Pusat Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 SEPTEMBER 2023.

Seterika Gergasi Mr DIY – Taman Tasik Titiwangsa

Orang awam tidak melepaskan peluang melihat lebih dekat belon seterika gergasi MR DIY ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 19 SEPTEMBER 2023.

LENSA MG | Arang Masih Ada Nilai Tersendiri

Pekerja Arang Tradisonal, Pak Nasirudin melakukan kerja-kerja tapisan arang untuk dimasukkan ke dalam guni selepas proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kota Tinggi, Johor. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2023.

Suhaizan Kayat Jumpa Pengundi Parlimen Pulai Ucap Terima Kasih

Ahli Parlimen Pulai baharu, Suhaizan Kayat beramah mesra bersama pengundi yang hadir bagi meraikan kemenangan pada Majlis Kesyukuran Rakyat dan Petugas PH-BN di Dewan Raya Taman Bukit Indah, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 10 SEPTEMBER 2023.

Pakatan Harapan ‘Suhaizan Kayat’ Menang Majoriti 18,641 Undi #PRKPulai

Calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kayat meraikan kemenangan bersama isterinya, Dr Norsham Idris dan pemimpin parti selepas diumumkan sebagai pemenang dengan majoriti undi sebanyak 18, 641 pada Pengumuman Keputusan Rasmi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 09 SEPTEMBER 2023.

Peti-Peti Undi Tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi #PRKPulai

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 09 SEPTEMBER 2023.