revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU – Penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan oleh Pas dan UMNO disifatkan sebagai formula terbaik, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, ini kerana penyatuan ummah itu bukan hanya terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya ia boleh disertai oleh mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.

“Oleh sebab itu, Pas masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah ini membabitkan semua pihak terutamanya parti-parti Melayu Islam, parti bumiputera dan juga parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana yang disebut oleh Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi bekas jurulatih Kelantan FA yang juga legenda penyerang prolifik negara era 90-an, Hashim Mustapha di kediamannya dekat Kampung Guchil Bayam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, penyatuan ummah amat diperlukan untuk menjadikan negara ini lebih baik dan harmoni pada masa depan.

“Kita memerlukan kepada penyatuan dan juga perkongsian kuasa untuk semua etnik, kaum, bangsa, agama di negara kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, ia adalah warna-warna politik di negara ini yang mengamalkan  sistem demokrasi berperlembagaan.

“Terpulang kepada mereka… yang penting Pas jelas dari segi hala tuju dan persiapan kita juga lebih jelas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sebuah gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan ditubuhkan dengan hasrat menumbangkan Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – Bernama

1 Komen

  1. Pas dalam delima . Kalau pas bersama UMNO ada cerah masa depan tapi dalam UMNO ada penyakit yang pas tak suka . Pas lebih suka ppbm kerana ppbm lebih baik dari UMNO tiada penyakit rasuah . Penyakit khianat mandat rakyat pas anggap sementara sahaja kalau khidmat baik rakyat akan lupa itu semua. . Sebab itu pas jadi serba salah telan mati emak luah mati bapa .

Comments are closed.