Sultan berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran “Dato” kepada Perdana Menteri Singapura.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah,  pengurniaan darjah kebesaran tertinggi kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengukuhkan lagi persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

“Hubungan Johor dan Singapura terjalin sekian lama dan pengurniaan darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhkan hubungan dua hala.

“Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Singapura dan Johor,” titah Sultan Johor hari ini.

Dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Besar Johor Bahru hari ini, Sultan Johor berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Hsien Loong,

Hsien Loong dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran Dato’

Pada majlis istiadat yang sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada isteri Perdana Menteri Singapura,  Ho Ching yang membawa gelaran “Datin Paduka”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast