NEW DELHI – India mengeluarkan amaran gelombang panas di enam negeri minggu ini susulan keadaan cuaca ekstrem yang boleh mengancam nyawa dan mata pencarian penduduk.
Gelombang panas berkemungkinan berlaku di bahagian Haryana, Rajasthan, Madhya Pradesh dan Maharashtra selama empat hari mulai Ahad dan di bahagian Uttar Pradesh dan Punjab selama tiga hari mulai Isnin, kata Jabatan Meterologi India dalam satu kenyataan hari ini.
Ia juga berkata, taufan akan melintasi berhampiran pantai timur negara itu menjelang 10 Mei ini.
Rekod suhu tinggi berterusan di India dalam beberapa minggu kebelakangan ini, meningkatkan permintaan bagi tenaga elektrik untuk pendingin udara, pada masa sama loji janakuasa menghadapi kekurangan arang batu yang teruk.
Pihak berkuasa di beberapa wilayah telah memutuskan bekalan kuasa selama lapan jam sehari.
Gelombang haba juga boleh menangguhkan penuaian gandum dan menghalang aktiviti perindustrian sebelum tiba dengan monsun pada bulan Jun. – Bloomberg (https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-05-07/india-warns-of-heatwaves-across-six-states-next-week)