Tan Zhing Yi. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Skuad badminton wanita negara tersingkir daripada saingan Piala Uber 2022 di Bangkok, Thailand lebih awal selepas tewas kepada pasukan tuan rumah 1-4 malam tadi.

Walaupun masih memiliki baki satu perlawanan menentang Mesir esok, namun kekalahan itu membolehkan Malaysia melupakan saingan apabila turut tewas 2-3 kepada Denmark kelmarin.

Pada pertemuan yang berlangsung di Impact Arena itu, bekas perseorangan wanita No.1 negara, Goh Jin Wei memberikan tentangan hebat kepada Ratchanok Intanon sebelum tewas menerusi aksi tiga set 21-14, 14-21, 15-21.

Bagaimanapun, Malaysia kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi beregu, Pearly Tan-M. Thinaah yang beraksi lebih sejam sebelum menang 16-21, 21-19, 21-17 ke atas Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Myisha Mohd. Khairul yang turun dalam aksi perseorangan kedua, mengintai peluang untuk melakar kejutan ke atas pemain nombor 10 dunia, Pornpawee Chochuwong, namun gagal melakukannya apabila tewas 20-22, 10-21, sekali gus membolehkan Thailand mendahului 2-1.

Beregu kedua negara, Teoh Mei Xing-Valeree Siow juga menerima nasib sama apabila tewas mudah 9-21, 14-21 kepada beregu nombor 3 Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast