HFMD cases children infectious disease Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini dikesan meningkat hampir 50 peratus sepanjang tahun ini setakat semalam berbanding tempoh sama tahun lalu.

GEORGE TOWN – Sebanyak 959 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, jumlah tersebut menunjukkan kes HFMD mencacatkan peningkatan 8.4 kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Jelas beliau, sepanjang tempoh sama, sebanyak 54 kluster HFMD dilaporkan berbanding hanya tujuh kluster direkodkan pada 2021.

Norlela.

“Sepanjang tempoh sama, jumlah kumulatif premis yang ditutup adalah sebanyak 54 premis namun semua premis tersebut telah beroperasi seperti biasa dengan pembukaan semula premis terakhir pada 3 Mei lalu.

“Virus HFMD boleh merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh serta najis pesakit dan kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam pada kaki, tangan, mulut dan lidah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Norlela menasihati orang ramai khususnya ibu bapa mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko dijangkiti seperti basuh tangan dengan sabun dan mengekalkan kebersihan di rumah.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kes HFMD mencatatkan peningkatan ketara apabila merekodkan sebanyak 22,463 kes di seluruh negara pada Minggu Epid 17/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu meningkat 12.8 kali ganda berbanding pada minggu sama pada tahun lalu yang mencatatkan 1,752 kes.

“Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia antara kosong hingga enam tahun iaitu sebanyak 21,508 kes atau 96 peratus.

“Ia diikuti kumpulan umur antara tujuh hingga 12 tahun iaitu 729 kes atau tiga peratus dan selebihnya berlaku dalam lingkungan usia lebih 12 tahun,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette