KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad, Affin Islamic Berhad dan Affin Hwang Investment Bank akan menaikkan kadar rujukan sebanyak 25 mata asas (0.25%) berkuatkuasa esok.
Ia susulan pengumuman Bank Negara Malaysia berkaitan kenaikan kadar dasar semalam (OPR) daripada 1.75% kepada 2.00%.
Selaras dengan semakan itu, Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Deposit Berjangka-i Affin Islamic Bank akan diselaraskan berkuatkuasa dari 13 Mei 2022. – MalaysiaGazette