Baja organik terbukti berkesan untuk membantu kesuburan tanaman.

KUALA LUMPUR – Penggunaan baja organik yang dihasilkan daripada bahan asli tanpa campuran bahan kimia seperti pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan kini semakin menjadi pilihan ramai.

Penggunaan baja organik secara meluas saban tahun dan menjadi pilihan petani mahupun pekebun untuk meningkatkan kesuburan tanah bagi menghasilkan produk pertanian yang lebih sihat dan selamat selain potensi yang ada mendorongnya mengkomersialkan jenama itu.

Menyedari manfaat baja itu, HMJ Biz Point Sdn. Bhd. memperkenalkan jenama baja organik sejak 2017 dalam usaha mengamalkan gaya kehidupan sihat dalam bidang pertanian

Pengasasnya, Mat Jantan berkata, maksud Milagro diambil daripada bahasa Sepanyol bermaksud keajaiban yang menterjemahkan rasa mahu memberi kebahagiaan semua manusia sejagat.

“Cuma apabila menyebut hal organik ini, mentaliti dan tafsiran kita ia bersifat mahal. Saya tidak menafikan perkara itu namun perniagaan ini bukan atas kapasiti nak untung semata-mata.

“Kami ingin mendidik masyarat agar lebih menghargai nyawa dan kesihatan diri. Dengan bercucuk tanam sendiri menggunakan baja organik dapat berjimat berbanding membeli rangkaian produk seumpama itu di pasaran yang jelas agak mahal.

“Asbab usaha saya ini membolehkan ramai mendapat hasil tuaian bercucuk tanam yang sihat, selamat dan cepat. Penggunaan baja organik dalam kuantiti sikit pun menuai hasil yang berlipat ganda.

“Kesihatan juga bertambah baik dan antara yang diakui ejen dan pengguna baja keluaran syarikat saya,” katanya.

HMJ Biz Point baru-baru ini memperkenalkan wajah baharu baja organik dengan versi lebih premium dan formulasi ditambah baik dikenali ‘smart enzyme’.

Jualan baja organik jenama Milagro pada tahun 2021 mencecah RM14 juta.

Mengulas lanjut, Mat menambah, potensi baja organik lebih besar pada masa depan berbanding baja kimia yang boleh mendorong banyak kesan dan penyakit termasuk kanser.

“Sebab itu saya mahu lebih ramai lagi beralih ke baja organik. Awalnya usaha mendidik dan mendekati masyarakat untuk beralih ke baja organik bukan mudah terutama orang Melayu namun kaum Cina sudah lama menyedari kepentingan baja organik.

“Baja organik yang dihasilkan terbukti berkesan untuk membantu kesuburan tanaman kerana ia mampu mengurangkan kadar masam dan asid tanah selain membantu mempercepat proses larut resap. Satu pek baja saya mampu mencerna 100 pasu tanaman.

“Ia juga dapat membantu memperbaiki pengudaraan dan resapan air untuk memastikan perkembangan akar pokok yang lebih sihat. Sangkaan segelintir petani bahawa baja kimia dan racun serangga mampu meningkatkan hasil adalah silap kerana penggunaan bahan itu boleh membunuh serangga baik yang membantu proses pendebungaan tanaman,” katanya.

Selain baja organik Milagro, jenama itu turut mengeluarkan NPV atau vaksin tanaman semulajadi yang bertindak sebagai penggalak imuniti dan penghalang serangga, Matado.

Baja organik premium dijual pada harga RM30, NPV (RM25) dan Matado (RM30).

Mat memberitahu, syarikatnya kini mempunyai 11,000 ejen seluruh Malaysia.

Beliau juga menyasarkan 3,000 mini nurseri atau semaian tanaman diusahakan ejen yang kebanyakan di kalangan pekerja profesional dan warga emas dengan status pencen.

“Pada peringkat, syarikat menghasilkan 30 tan baja organik sebulan dan kini ia mencecah 300 tan sebulan di mana jualan produk pada tahun 2021 juga mencecah RM14 juta,” katanya.

Mat Jantan mengusahakan baja organik sejak 2017.

Sempena sambutan Syawal, jenama itu menganjurkan kempen Riooh Raya Milagro mengajak lebih ramai menjana pendapatan dan memeriahkan laman tanah rumah.

“Malah di kalangan artis dan selebriti seperti Datuk Chef Wan, Didie Alias, Syafie Naswip dan Ustazah Asma Harun pun mengakui ‘keajaiban’ jenama ini,”katanya.

Sementara itu, baja Milagro dihasilkan daripada sisa pepejal seperti tinja ayam, habuk kayu dan ‘smart’ enzim.

Ia diproses pada suhu 85 darjah celcius dengan tempoh masa 24 jam menggunakan teknologi pintar.

Ia 100 peratus organik, bebas patogen, selamat digunakan dan mengandungi bakteria baik, Bacillus subtilis dan Bacillus tequilensis yang membantu pertumbuhan pokok.

Ia mempunyai 12 nutrisi selain memiliki sterol dan phenol yang berfungsi meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan dalam melawan serangga perosak, penyakit dan situasi ‘stres’.

Ia juga mampu meningkatkan pH tanah dan pada masa sama mampu meningkatkan aktiviti makro dan mikro organisma yang mampu menyuburkan tanah contohnya menerusi cacing tanah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast