Mohd Muazzam Mohamed

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) perlu menyemak semula Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.77% dan 5.72%.

Pada masa sama, kadar deposit Bank Islam juga akan diselaraskan ke atas sebanyak 25 mata asas.

Kesemua perubahan ini akan berkuat kuasa 17 Mei 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, semakan semula itu sejajar dengan langkah terbaharu BNM untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas daripada 1.75% kepada 2.00%.

”Bank Islam amat peka akan cabaran semasa yang dihadapi pelanggan dan memberi jaminan bahawa bantuan kewangan kami kekal tersedia bagi membantu para pelanggan mengukuhkan kedudukan kewangan mereka” katanya.

Semakan terakhir BR Bank Islam telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020, iaitu penurunan daripada 2.77% kepada 2.52%, manakala BFR diturunkan daripada 5.72% kepada 5.47%. – MalaysiaGazette