Foto BBC.

MILAN – Inter Milan menjulang gelaran kelapan Piala Itali apabila mengatasi seteru lama, Juventus 4-2 selepas tambahan masa yang penuh kontroversi.

Ivan Perisic muncul wira dengan dua gol pada separuh masa pertama tambahan masa tetapi perlawanan berterusan selepas lawan diberikan penalti dengan Hakan Calhanoglu meledak jaringan bagi membawa perlawanan melepasi 90 minit.

Bagi Inter ia satu lagi kejayaan mengatasi Juve selepas kemenangan kontroversi di Turin bulan lalu dan menewaskan mereka pada Piala Super Itali awal musim ini menambah semangat dalam pemburuan gelaran Serie A.

Sementara itu Juve pula hanya perlu layak ke Liga Juara-Juara musim ini dan mereka tidak berkata apa-apa mengenai keputusan penalti itu yang menafikan pasukan tersebut satu trofi musim ini. – MalaysiaGazette

(https://www.bbc.com/sport/football/59970294)