KUANTAN – Tiga pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang disengat obor-obor semasa kerja latihan menyelamat di Pantai Batu Hitam, hari ini.
Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, ketiga-tiga pegawai yang terkena sengatan obor-obor kira-kira jam 10.30 pagi tadi cedera ringan.
“Kesemua mangsa menerima rawatan awal dengan menyapu cuka ke tempat yang terkena sengatan di Menara Penyelamat Pantai Batu Hitam.
“Mereka tidak dikejar ke hospital, walau bagaimanapun jenis obor-obor Yang menyengat mangsa tidak dapat dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Che Adam menasihati orang awam agar tidak melakukan aktiviti di gigi air kerana kehadiran obor-obor yang banyak di kawasan tersebut
Sehingga kini 10 ekor obor-obor telah ditangkap di pantai berkenaan. – MalaysiaGazette