Khairi Adib Azhar

KUALA LUMPUR – Pesilat sedang meningkat, Khairi Adib Azhar menghadiahkan pingat emas ke-17 buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2021 Hanoi sebentar tadi.

Khairi memenangi saingan (tanding) kategori Putra B (50 hingga 55 kilogram) selepas menumpaskan peserta Indonesia, Khoirudin Mustakim pada aksi final di Gimnasium Bac Tu Liemi.

Pada perlawanan yang penuh kontroversi dalam tempoh empat saat terakhir, Adib ditendang di bahagian leher oleh lawannya itu sehingga terlantar seketika namun mampu bangkit meneruskan perlawanan.

Khoirudin ditolak 10 mata kerana melakukan kesalahan berkenaan dan ia secara tidak langsung terus mencerahkan peluang Adib untuk mengatasi lawannya itu yang ketika itu mendahuluinya.

Adib pernah meraih gangsa di Sukan SEA Filipina 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast