Prime Minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob delivering his Keynote Address in conjunction with the Keluarga Malaysia Aspiration Tour at the Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. flight tickets Sabah
Prime Minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob delivering his Keynote Address in conjunction with the Keluarga Malaysia Aspiration Tour at the Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucaptama sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat dalam industri bagi memastikan isu harga tiket dan masa penerbangan ke Sabah dapat ditangani.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu dibuat bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak lagi bimbang ketika hendak pulang ke kampung halaman pada musim perayaan akan datang.

“Kerajaan sentiasa peka dengan keluh-kesah Keluarga Malaysia termasuklah isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah dan masa penerbangan ditunda ketika musim perayaan,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mahu pembelaan daripada aspek kesejahteraan, keamanan dan kebajikan.

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina akan disemak semula bagi
mengukuhkan hal ehwal pertahanan dan keselamatan di perairan Sabah.

“Kerajaan turut menyedari pentingnya kerjasama antara negara jiran dalam mengawal sempadan negara yang kini terus diperketat kawalannya,” katanya lagi.

Sempena lawatannya ke Sabah, perdana menteri turut mengumumkan berita gembira buat penduduk sekitar Pagalungan, Nabawan pada hari ini.

Jelasnya, penduduk kawasan berkenaan tidak perlu lagi meredah perjalanan sejauh 100 kilometer (KM) untuk ke Keningau semata-mata demi mendapatkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas.

Sebaliknya, penduduk boleh berurusan di semua pejabat Imigresen di negeri, termasuklah untuk memperbaharui Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Ujarnya, langkah ini demi memastikan tidak berlaku “no wrong door policy”. – MalaysiaGazette