Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan sebuah kapal tangki dikendalikan lima kru warga asing di kedudukan 14.1 batu nautika barat laut pulau berkenaan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata kapal APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan itu telah mengesan kapal tangki terbabit kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, terdapat tiga kru warga India dan dua Indonesia berusia 25 hingga 42 tahun berada di atas kapal yang beroperasi dengan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) tamat tempoh.

Menurutnya, dua kru warga Indonesia berusia 28 dan 42 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Dua kru bersama kapal di bawa ke Jeti APMM di Patau-Patau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast