Kerajaan perlu menumpukan perhatian mengenai kesediaan rakyat khususnya anak muda yang bakal mengundi buat pertama kali pada pilihan raya akan datang.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menumpukan perhatian mengenai kesediaan rakyat khususnya anak muda yang bakal mengundi buat pertama kali pada pilihan raya akan datang.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Izzuddin Aziz berkata, semua ahli politik perlu mengambilkira perkara itu berbanding menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dengan segera.

“Adakah anak muda sudah bersedia untuk menghadapi PRU sekiranya ia dilaksanakan segera? Sudah pasti persoalan ini boleh dijawab dengan melihat bagaimana sambutan penglibatan anak muda dalam PRN Johor sebelum ini.

“Oleh itu, GAMIS menggesa agar ahli politik berhenti bermain ‘wayang’ politik serta segera mengambil langkah yang proaktif dan serius dalam memastikan pengundi baru yang akan mengundi pada PRU akan datang ini betul-betul bersedia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Izzuddin, ahli politik yang bertanggungjawab meluluskan had umur mengundi ditukar kepada 18 tahun sebelum ini, justeru golongan berkenaan juga perlu memastikan golongan berkenaan akan menjalankan tanggungjawab dengan baik kelak.

Sehubungan itu beliau menggesa agar kerajaan merancakkan pendidikan terhadap kesedaran politik peringkat pengundi pertama.

“Kita tidak ingin anak muda yang menjadi sebahagian pengundi terbesar dan baru ini tidak berpartisipasi dalam pemilihan wakil rakyat akan datang. Yang akhirnya akan menyebabkan kerugian besar pada negara kerana anak muda yang lahir ini tidak faham mengenai kepentingan berpolitik.

“Justeru itu, ini menjadi tanggungjawab ahli politik dalam memastikan penerapan serta pendidikan terhadap kesedaran politik di peringkat anak muda ini dipergiatkan dengan lebih rancak dan berkesan,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast