JOHOR BAHRU – Berkata beberapa langkah penyelesaian awal akan dilakukan bagi mengelak orang ramai bersesak dan beratur panjang di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Johor dalam masa terdekat.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi kenyataan di laman media sosial menyatakan antara langkah yang akan diambil termasuklah proses mengambil nombor giliran akan dipermudahkan dan diperbaiki.
Cadangan lain seperti menyediakan tempat menunggu yang lebih selesa.
“UTC Kota Raya dan UTC Pasir Gudang akan beroperasi tujuh hari seminggu dari pukul 8 pagi hingga 10 malam. Operasi pejabat lain akan terus dilanjutkan di seluruh Johor sehingga jam 10 malam. Operasi pejabat pada setiap Sabtu pula adalah antara 8 pagi dan 12.30 tengah hari.
“Tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Imigresen atas usaha menambah baik mutu perkhidmatannya demi rakyat,” jelasnya.
Onn Hafiz sebentar tadi turut bertemu Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir bagi membincangkan susulan lawatan saya ke Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika pagi tadi.
Hari ini MalaysiaGazette melaporkan rakyat Johor terutama individu yang ingin mengambil pasport mereka mula mengeluh apabila terpaksa beratur panjang sehingga lebih lima jam.
Lebih mengecewakan, apabila sudah berjam-jam menunggu mereka dipaksa pulang oleh kakitangan imigresen bertugas atas alasan kehabisan nombor giliran. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Seksa beratur lebih 5 jam mahu ambil pasport, sistem online menyusahkan