LONDON – Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mengesahkan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menentang Crystal Palace malam tadi adalah perlawanan terakhir Edinson Cavani untuk kelab itu.
“Daripada kesebelasan utama kami, akan ada 10 kecuali Edi Cavani yang masih akan bermain untuk kelab ini musim depan,” katanya.
Cavani yang tamat kontrak pada musim panas ini turun dalam kesebelasan utama ekoran ketiadaan Cristiano Ronaldo akibat cedera.
Sementara itu, The Red Devil telah menjelaskan kepada Barcelona bahawa mereka tidak akan menyediakan bajet £70 juta untuk Frenkie de Jong.
United sebelum ini menimbang perpindahan £75m untuk pemain tengah Barcelona De Jong dan telah menghubungi kelab itu.
De Jong sanggup mengucapkan selamat tinggal kepada gaji hampir £6 juta gaji yang belum dibayar untuk pindahn ke Manchester City musim panas ini lapor The Sun.
Barcelona dilaporkan terbuka untuk membiarkan De Jong meninggalkan kelab itu pada musim panas ketika pengurus Manchester United Erik ten Hag merancang perpindahan untuk pemain tengah itu.
Ten Hag mahu membawa bek tengah Lisandro Martinez, yang membantunya merangkul gelaran Eredivisie musim ini, bersamanya dari Ajax ke Old Trafford.
Pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic juga berada dalam radar Ten Hag selepas mencatatkan 11 gol dan 11 assist dalam Serie A musim ini.
United juga bersaing dengan Manchester City untuk menandatangani prospek River Plate, Enzo Fernandez pada musim panas ini, menurut laporan di negara asalnya Argentina. – Agensi