Kereta Axia yang ditinggalkan berhampiran Jambatan Pulau Pinang dipercayai milik mangsa.

GEORGE TOWN – Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun di Kilometer 8.0 Jambatan Pulau Pinang dari arah Pulau menghala Perai di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Penyelamat Bomba Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Jalan Perak telah membuat pemantaun dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun mangsa dikhuartiri telah dihanyut dibawa arus.

“Operasi ditanguhkan sementara dan akan disambung pada jam 8 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Untuk makluman, semalam satu insiden cubaan bunuh diri berlaku membabitkan seorang wanita berusia 40-an.

Bagaimanapun, wanita itu terselamat selepas dia terjatuh di atas sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui bawah jambatan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN

Orang awam gagalkan cubaan bunuh diri atas Jambatan P.Pinang

Manakala dalam insiden pada Sabtu lalu, seorang anggota bomba berjaya menggagalkan cubaan bunuh diri seorang wanita selepas melihat orang awam berhenti di tepi bahu jambatan untuk menyelamatkan mangsa.

Muhammad Syahir Jamaluddin, anggota dari Balai Bomba Jalan Perak itu dikatakan cuba sedaya-upaya menyelamatkan mangsa walaupun ketika itu beliau tidak bertugas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast