Pihak bomba sedang melakukan operasi pemadaman api di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

NIBONG TEBAL – Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung di sini dilaporkan terbakar lagi malam tadi.

Insiden pukul 10.20 malam itu membabitkan kebakaran dengan keluasan -kira kira 3,716 meter persegi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.23 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Kerja-kerja pemadaman dilakukan bagi mengelak api merebak ke tempat lain.

Operasi pemadaman dan pengawalan dilakuka sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dibantu BBP Sungai Bakap dan pasukan bomba sukarela.

“Tindakan awal anggota membuat pemadaman dan pengawalan dengan membuat fire break menggunakan bantuan jengkaut bagi mengelakkan api merebak lebih luas.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu manakala usaha pengawalan dan pemadaman kebakaran masih dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan

MalaysiaGazette pada Januari lalu melaporkan kira-kira 11.3 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah berkenaan terbakar.

Api di tapak pelupusan itu dipadamkan dalam tempoh kira-kira 20 hari kemudian.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu terpaksa dipindahkan bagi memastikan keselamatan nyawa mereka selain sepuluh buah sekolah turut ditutup tiga hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast