Anggota-anggota bomba menunjukkan tanda bagus selepas berjaya memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung semalam. FB Reezal Merican

KUALA LUMPUR – Kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal Pulau Pinang akhirnya berjaya dipadamkan selepas 21 hari terbakar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kebakaran itu dapat diselesaikan sepenuhnya semalam.

”Alhamdulillah misi memadam kebakaran di tapak pelupusan Pulau Burung telah berjaya disempurnakan sepenuhnya.

”Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan #WiraMerah Pulau Pinang serta pelbagai agensi persekutuan dan negeri dalam proses pemadaman kebakaran. Kerjasama bersepadu dapat mengakhiri misi ini dengan jayanya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Untuk rekod, tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.19 hektar dilaporkan terbakar dalam kejadian jam 4.43 petang pada 12 Januari lalu.

Kebakaran itu menyebabkan sebahagian penduduk di Pulau Burung terpaksa dipindahkan dan 10 buah sekolah ditutup demi keselamatan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast