Home Nasional 2 rumah hangus, penghuni berjaya selamatkan diri

2 rumah hangus, penghuni berjaya selamatkan diri

KUALA LUMPUR – Dua buah rumah di Jalan Dahlia 4, Kampung Seri Serendah hangus terbakar lewat malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Selangor berkata, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan sebuah rumah manakala sebuah lagi 80 peratus terbakar.

Sebuah kereta juga terbakar.

Menurut bomba, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 9.30 malam dan tiba 18 minit kemudian.

Anggota bomba dari tiga balai terlibat dalam operasi ini dan api hanya dapat dikawal pada jam 10.02 malam.

Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini kerana semua penghuni rumah berkenaan berjaya keluar sebelum bomba tiba di lokasi. – MalaysiaGazette