Paus Orca ditemui mati akibat semula jadi. Foto Twitter

PARIS – Seekor paus pembunuh yang sakit ditemui mati selepas berenang di Sungai Seine di Normandy, Perancis,

Orca jantan sepanjang empat meter itu mula-mula dikesan dua minggu lalu berhampiran muara sungai, tetapi bergerak sejauh berpuluh-puluh batu ke hulu menghala ke arah bandar Rouen.

Rancangan untuk membawanya kembali ke laut menggunakan rangsangan bunyi gagal dan pakar berkata, paus itu mungkin sakit tenat.

Pihak berkuasa telah bersiap sedia untuk membunuh haiwan itu tetapi aktivis berkata, ia mati atas sebab semula jadi.

Kumpulan kempen alam sekitar Sea Shepherd dalam ciapannya berkata, bangkai orca itu ditemui pada 11.48 waktu tempatan (09:48 GMT) pada hari Isnin.

Reuters memetik kenyataan ketua kumpulan itu, Lamya Essemlali sebagai berkata,

Aktivis berkata, mereka meneman bangkai orca untuk memastikan ia tidak dilanggar kapal, yang pastinya akan menjejaskan bedah siasat. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast