KAHERAH – Mesir mendedahkan penemuan 250 mumia dan 150 patung tembaga berusia 2,500 tahun di kawasan perkuburan Saqqara berhampiran Kaherah.
Ketua Majlis Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri dalam satu kenyataan berkata, penemuan itu turut meliputi 150 pelbagai saiz patung tembaga dewa kuno Mesir seperti Anubis, Amun-Min dan Osiris selain kapal tembaga yang digunakan acara kerohanian Isis, dewi kesuburan dalam metodologi Mesir.
Menurut rangkaian televisyen tempatan, Sada Al-Balad, ahli arkeologi turut menemui koleksi 250 keranda kayu dengan mumia yang berada didalamnya, di samping material seperti kertas tebal berukuran sembilan meter yang dipercayai mengandungi teks pengkebumian Mesir, Book of the Dead, lapor agensi berita, Anadolu.
Penemuan semalam merupakan penemuan terbesar di Saqqara sejak 2018. – Agensi
(https://www.aa.com.tr/en/middle-east/egypt-makes-major-discovery-at-saqqara-necropolis/2601417)