KUALA LUPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang menyambutnya di negeri Sarawak.
Baginda berdua berharap agar perayaan Hari Gawai akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama kita, menurut kenyataan Istana Negara melalui Facebook.
Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri turut menzahirkan harapan semoga ianya akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagian kepada semua yang menyambutnya. – MalaysiaGazette