The Chairman of Barisan Nasional (BN) Advisory Board, Datuk Seri Najib Tun Razak speaks at the BN Convention 2022 and BN’s 48th Anniversary at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 01 JUNE 2022. UMNO GE15 Ismail Sabri
The Chairman of Barisan Nasional (BN) Advisory Board, Datuk Seri Najib Tun Razak speaks at the BN Convention 2022 and BN’s 48th Anniversary at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 01 JUNE 2022.Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Konvensyen Barisan Nasional 2022 dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 01 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berharap empat pemimpin tertinggi UMNO dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan tepat mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

Najib berkata, risikonya terlalu tinggi jika tersilap membuat keputusan dalam menetukan tarikh PRU-15.

Selain Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, turut diberikan ‘kuasa’ oleh parti itu untuk membincangkan tarikh PRU-15 adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kalau nak sebut tentang inflasi kita kena kaji. Saya bukan pakar sangat tentang ekonomi tapi saya tahu inflasi tu ada dia punya cycle maknanya bukan dua tiga bulan mungkin selama dua tahun.

“Tapi macam mana pun kita akan cuba. Kita sudah putuskan top five Zahid, Mohamad Hasan dan naib-naib presiden berundinglah sebaik-baiknya make sure we help PM to make the right choice. The right decision.

“Sebab the stake are too high. Ini bukan soal Najib ke, soal zahid ke, soal Ismail Sabri ke. Tak. Ini soal masa depan BN dan negara kita,” kata Najib dalam ucapan di Konvensyen BN sempena ulangtahun ke-48 parti itu.

Dalam ucapannya, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu membayangkan bahawa ketika ini adalah masa terbaik untuk mengadakan PRU-15.

Ini kerana parti-parti lawan berada dalam keadaan tidak bersedia.

“Hari ini opposition dalam keadaan carca-marba. PKR hanya 12 peratus sahaja mengundi.

“Pejuang dah kena reject. Bersatu pun tinggal dua kerusi sahaja di Johor. Pas pun dah menurun. DAP pun dah ditolak. Maknanya opposition is in disarry.

“BN insya-Allah makin kukuh walaupun kita ada masalah tapi kita lebih kukuh. Lebih bersatu padu,” katanya.

Najib turut membuat pengakuan bahawa beliau sepatutnya memutuskan PRU-14 diadakan selepas Sukan SEA Kuala Lumpur dan BN boleh mencapai kemenangan.

Bagaimanapun atas desakan tertentu beliau menunda tarikh PRU-14 yang menyaksikan BN tewas.

“Soal bila pilihan raya. Saya tidak tahulah. Saya nak kongsi buat pertama kali saya nak mengaku sepatutnya kita buat pilihan raya umum ke-14 selepas Sukan SEA.

“Kalau kita buat lepas Sukan SEA barangkali kita akan menang besar. Tapi kerana desakan-desakan tertentu kita tangguh. Bila tangguh keadaan berubah,” katanya kedengaran kesal.

Semalam akhbar Nikkei berpangkalan di Jepun melaporkan Ismail Sabri berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan PRU15.

Menurutnya ketika ini negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.

“Kita perlu menunggu masa sesuai (untuk membubarkan Parlimen). Kita kini menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga (barangan) yang tinggi… adakah anda fikir ini masa yang sesuai (untuk pilihan raya)?” katanya ketika ditemubual di luar persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo, minggu lalu. Temubual itu disiarkan media itu semalam.

Mengenai ada laporan pemimpin dalam UMNO menggesa PRU15 disegerakan,  Ismail Sabri berkata, pilihan raya tidak sepatutnya diadakan sehingga negara dapat mengekang inflasi, didorong sebahagiannya oleh kesan global perang di Ukraine.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalau dah nak kalah buat lah awal ke lambat ke sama saja. Rakyat akan buat keputusan secara bersepadu . PRN tak sama PRU . Rakyat ada kesedaran untok buat keputusan . Rakyat umum tak akan pilih pemimpin yang dah ternyata rasuahnya . Penipuannya . Salah guna kuasanya . Mengguna GST untok merompak Rizki rakyat kemudian hasilnya diseleweng masuk poket sendiri . Masihkah rakyat tak sedar . Butakah rakyat ini atau dah termakan dadah apa? .

  2. Hahahaa Basodia pencacai PH…22 bulan menjahanamkan negara…Pakatan Hancing rakyat nak percaya lg kah? Kaki penipu…

Comments are closed.