KUALA LUMPUR – Program Benchmarking Agropreneur Muda FAMA tahun 2022 di Thailand adalah merupakan salah satu inisiatif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dan belia di dalam sektor pertanian dan industri asas tani melalui perkongsian dan pemindahan teknologi yang baru.

Menurut satu kenyataan, program ini dilihat dapat membuka peluang kepada FAMA untuk berkongsi dengan kumpulan sasar sekaligus memberikan pendedahan berhubung teknologi terkini melalui Program Agropreneur Muda seluruh Malaysia kelak.

“Program ini juga adalah sebagai persediaan rebranding Program Agropreneur Muda di bawah FAMA.

“Pelaksanaan program ini adalah melalui sub program peningkatan kompetensi modal insan.

“Peningkatan kompetensi bagi modal insan yang terlibat di sebalik Program Agropreneur Muda adalah penting sebagai asas terhadap kemampanan program berkonsepkan business oriented bagi meningkatkan daya saing serta kerelevenan program dalam mendukung aspirasi Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0),” kata kenyataan itu.

Program tersebut akan merangkumi elemen technical exchange programme berkaitan saling kebergantungan pihak berkuasa dan pemain industri, penanda aras Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices), pengkomersialan teknologi, inovasi dan R&D pertanian.

Persaingan dan hubung kait (correlation) supply and demand, relevensi persatuan / pertubuhan peladang sebagai pemudah cara kepada petani, mekanisme model perniagaan terbaik (best business model) pemasaran produk pertanian dan logistik, amalan pengurusan dan pengendalian (handling) termasuk pembungkusan dan penggredan dan pembangunan industri hiliran sebagai nilai tambah (value added).

Menurut kenyataan itu, sepanjang program ini, pegawai FAMA telah dibawa melawat ke pasar terapung Bang Nampheung.

Pasar ini dirasmikan pada tahun 2004 oleh pihak berkuasa tempatan untuk membantu penduduk tempatan memindahkan lebihan bekalan produk pertanian, ujarnya.

Katanya, penjualnya terhad kepada orang daripada komuniti setempat. Pasar ini berada di atas terusan yang dikelilingi oleh kawasan perumahan.

Tambah kenyataan itu, produk termasuk tanaman komersial
seperti buah-buahan dan gula-gula, mee, makanan proses, cengkerang laut, udang kering, udang jeruk, pencuci mulut, kek bijirin dan buah-buahan boleh didapati di pasar tersebut.

Selain itu juga, peserta dibawa ke pusat Agropelancongan seperti di Handicraft Ban Joss-Aroma Community Enterprise, Thai Tawi Pomelo Farm dan Deaw Bampeaw Coconut Farm. Seterusnya, peserta juga dibawa ke CIVIC Agrotech (CM’s Factory), kunjungan hormat ke Department of Agricultural Extension Office dan juga ke Marketing Organization for Farmers (MOF) / OR TOR KOR Market yang terkenal di seluruh Bangkok dan dikenali sebagai ’High End Market’ / ’upscale fresh market’ kerana pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan dengan kualiti yang terbaik.

Dengan penganjuran program ini, katanya, diharapkan para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan projek seterusnya dapat disampaikan serta dikongsi bersama semua peserta Agropreneur Muda di bawah
FAMA kelak. – MalaysiaGazette