KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor (TMJ) melepaskan jawatannya sebagai pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan keputusannya itu hari ini disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.

Susulan keputusan itu, TMJ menyerahkan urusan harian Kelab Bola Sepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya seperti yang dikongsikan dalam laman status ringkas dimuat naik akaun Facebook dan Twitter rasmi Johor Southern Tigers.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast