Foto Instagram Adibah Noor.

KUALA LUMPUR – Penampilan terkini penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mengundang perhatian ramai selepas berkongsi gambar yang memperlihatkan tubuhnya semakin kurus.

Selebriti berusia 52 tahun itu mendedahkan dia mengamalkan enam suap sahaja apabila makan selain mengurangkan pengambilan makanan kurang sihat serta menjauhkan minuman bergula.

“Kalau dulu, nasi lemak tu tiga bungkus saya makan. Sekarang cuma satu bungkus. Saya juga ambil makanan yang dimasak segar dan tak guna makanan diproses atau dalam tin,” katanya memetik laporan Harian Metro.

 

Foto Instagram Adibah Noor.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu berkata, dia mempunyai kesedaran bagi menjaga kesihatannya sejak lebih dua bulan lalu apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat.

“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua. Lutut pun sudah sakit, jalan jadi mengah. Jadi saya terfikir sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik nama Adibah Noor Mohamed Omar itu menjelaskan bahawa perubahan itu datang daripada dirinya sendiri dan bukan kerana mengalami masalah kesihatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast