Dr. Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan dua perkara kepada penganjur Festival Bon Odori iaitu memastikan isi sambutan festival itu tidak bersifat agama dan tidak dimasukkan unsur khurafat.

Jelas beliau, pada masa sama, penganjur juga tidak boleh memasukkan ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.

“Jika boleh, diberikan nama baru atau nama tambahan di samping nama Bon Odori bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat.

“Ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun, atau masyarakat Jepun. Dengan itu, festival dapat diteruskan dan polemik dapat dikurangkan,” katanya di hantaran Facebook hari ini.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad hadir ke Festival Bon Odori yang akan diraikan pada 16 Julai ini.

Syor baginda itu supaya menteri berkenaan dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya kerana festival berkenaan adalah perayaan kebudayaan yang sudah diraikan di Malaysia sejak berpuluh tahun lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah, Bon Odori dirai bagi mengeratkan semangat muhibbah di antara rakyat Malaysia dengan komuniti Jepun yang bekerja dan bermastautin di negara ini.

“Sultan Sharafuddin mencadangkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk hadir ke festival berkenaan pada 16 Julai ini supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

“Malah baginda juga tidak mahu beliau (menteri) menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasi JAKIM,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. majlis fatwa kebangsaan dan jakim serta mufti2 negeri NESTI BERBINCANG utk selesaikan.
    jangan jadi seperti Hari WESAK dan THAIPUSAM perrarakan BERHALA2…..NAJIB RAZAK SANGGUP korban maruah dan aqidah DEMI….SATU MALAYSIA…..saya ulang SATU MALAYSIA

    BEGITU JUGA semasa P AKATAN H ancing P unah H arapan menimbuljkan konflik ZAKAT boleh diberi dan diterima orang KAFIR

    • Zakat ada sunnah beri Zakat kepada orang kafir yang cenderung membela masyarakat Islam.

  2. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

    (At-Taubah: 60)

    Dalam ayat ini Allah menggunakan kalimah ‘innama’ yang memberi makna pembatasan orang yang layak menerima zakat hanya pada lapan golongan (asnaf) tersebut sahaja. Jadi tidak ada asnaf kafir dalam ayat tersebut. Yang Lunak pada ISLAM ialah golongan MUALAF

Comments are closed.