KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sebak apabila anak sulungnya, Wan Khair Amir selamat dikhatankan pada usia yang baru sebulan.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Mira bagaimanapun berasa berbangga selain menyifatkan anaknya itu sangat tenang sepanjang proses berkenaan (berkhatan) berlangsung.
“Ketahuilah papa dan mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa berkhatan.
“Mama sebak dan menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya. Papa tak menangis tapi sedih jugalah. Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap sahaja.
“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami!,” tulisnya.
Pada 10 Mei lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat menimang cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette