Scam victim during an interview with MalaysiaGazette on the online motorcycle sales scam at Ebid Motor Sdn Bhd Ampang, Selangor. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 13 JUNE 2022.
Scam victim during an interview with MalaysiaGazette on the online motorcycle sales scam at Ebid Motor Sdn Bhd Ampang, Selangor. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 13 JUNE 2022. Mangsa scammer ketika ditemubual bersama Malaysia Gazette mengenai sendiket penipuan dalam pembelian motor secara online di Ebid Motor Sdn Bhd Ampang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 13 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Menawarkan motosikal terpakai dengan harga yang tidak masuk akal dan jauh lebih murah dari pasaran menjadi modus operandi sindiket penipuan jual beli motosikal secara dalam talian.

Ia menyebabkan banyak mangsa menjadi korban.

Sindiket itu juga mengklonkan nama syarikat motosikal yang beroperasi semasa membuat urusan jual beli bagi mengaburi mata mangsa-mangsa mereka.

Afif (bukan nama sebenar), 23, ketika ditemui MalaysiaGazette meluahkan rasa kecewa kerana menjadi mangsa scammer tersebut.

Menceritakan pengalamannya, dia melihat iklan menjual motosikal Yamaha 135LC terpakai menerusi akaun Motor Murah dan Motor Lelong di Facebook menggunakan nama sebuah kedai motosikal di Ampang, Selangor pada April lalu.

“Sebenarnya saya baru mula bekerja dan ada bajet untuk beli motosikal dalam RM5,000. Lama dah saya kumpul. Kemudian saya cuba cari motor di Facebook (Motor Murah dan Motor Lelong) ternampak iklan motor LC dengan harga RM3,000.

“Tanpa fikir panjang sebab nak berjimat, saya tanya penjual itu memang harganya RM3,000 ke? Dia kata ya. Saya fikir, kalau murah ini mungkin ada rosak sikit dekat rantai ke atau brek, so saya boleh baiki sendiri.

“Saya pun setuju dan terus buat pembayaran RM3,000 secara online. Masa itu, memang tidak terfikir kenapa motor itu murah sangat. Saya pun tidak semak harga semasa motor LC di pasaran,” katanya.

Mangsa scammer ketika ditemubual bersama Malaysia Gazette mengenai sendiket penipuan dalam pembelian motor secara online di Ebid Motor Sdn Bhd Ampang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 13 JUN 2022.

Tambah Afif, selepas dua hari membuat pembayaran dan bertanyakan status motor itu, scammer berkenaan tidak membalas dan dia mulai risau kerana sudah pun membuat pembayaran.

Katanya, akaun Facebook (Motor Murah dan Motor Lelong) itu sememangnya menawarkan harga yang sangat murah hingga membuatkan orang ramai menjadi rambang mata.

“Saya WhatsApp dia tanya mana motor dan bila boleh jumpa. Cuma satu tick sahaja yang ada dan tidak balas mesej saya. Saya dah mula risaulah RM3,000 habis lesap. Tunggu punya tunggu, saya kata tak boleh jadilah.

“Saya pergi tengok FB Ebidmotor.com terus ternampak status dan gambar mengenai laporan orang kena scam. Masa dapat tahu pasal tu, memang lemah longlai jadinya,. Saya terus mesej mereka dan maklum saya ada buat pembelian motor di sini.

“Mereka maklumkan tidak menjual LC dengan harga RM3,000. Apabila scroll status di FB Ebitmotor.com, memang banyak yang komen semua dipermainkan oleh scammer menggunakan nama kedai motor yang sama.

“Masa itu saya sudah mula takut, kemudian kedai Ebidmotor.com nasihat dan minta saya datang berjumpa mereka untuk membuat laporan polis. Sekarang ini saya cuma perlu tunggu dari pihak berkuasa apa tindakan seterusnya, ” ujarnya.

Apabila menyemak semula harga motorsikal LC dipasaran, Afif berkata, rata-rata harga yang ditawarkan ketika ini adalah sekitar RM5,000 hinggga RM6,000.

Afif akui dia kesal dengan tindakannya yang terburu-buru dan mudah terpedaya dengan tawaran harga motor yang murah itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ramai jadi mangsa scammer beli motosikal online

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast