Pemandu pacuan empat roda Fortuner maut dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan hari ini.- Gambar ihsan JSPT KL.

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta pacuan empat roda maut di lokasi selepas kenderaan yang dipandunya terbabas  dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Syed Putra di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi.

“Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan Toyota Fortuner memandu dari arah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Bulatan Sultan Mohammad.

“Sampai di tempat kejadian dia hilang kawalan lalu terbabas di bahu kiri jalan bertentangan dengan Sekolah Menengah Kuen Cheng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sarifudin, akibat kemalangan tersebut, pemandunya seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast