Penjenayah miliki bom tangan mati ditembak polis

“Selain itu si mati juga pernah ditangkap dan disiasat atas penglibatannya dalam 26 kes jenayah pelbagai sejak 2004 hingga 2022 dan antaranya membabitkan tiga kes bunuh, samun bersenjata api pistol, pemilikan bom tangan, senjata api dan peluru, samun rumah dan jalanan, khianat, ugutan jenayah, memiliki senjata merbahaya (taser gun) dan tiga kes kesalahan dadah,” kata Azmi.