Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepimpinnan tertinggi parti itu telah menghubungi Datuk Willie Mongin berhubung kenyataannya untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berharap Ahli Parlimen Puncak Borneo terus kekal bersama Bersatu kerana selama ini parti iru telah memberikan sokongan dan jawatan kepada beliau.