Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendesak kerajaan supaya jangan lepas tangan terhadap hak ahli-ahlinya mereka yang belum memiliki kediaman sendiri.
Presiden Media Tentera Rakyat (MTR), Mejar (B) Zamri Abd Rahman menegaskan, walaupun rata-rata veteran ATM sudah berusia namun masih ramai dalam kalangan mereka masih belum mempunyai rumah sendiri.