SHANGHAI – Kapal kontena gergasi bersaiz 24,000 TEU yang terbesar di dunia berjaya disiapkan oleh Syarikat (Kumpulan) Pembuatan Kapal Zhonghua-Hudong (H&Z) Berhad, di bawah kendalian Syarikat Kumpulan Perkapalan China (CSSC) Berhad, pada Rabu.

Difahamkan, H&Z memiliki hak cipta intelek sepenuhnya terhadap kapal rekaannya sendiri itu dan kapal tersebut akan digunakan untuk laluan Asia ke Eropah sebagai anggota Biro Perkapalan Amerika (ABS).

Dengan ukuran sepanjang 399.99 meter, kapal itu 60 meter lebih panjang berbanding kapal induk terbesar di dunia.

Lebarnya pula direkodkan sepanjang 61.5 meter dan mempunyai keluasan dek 24,000 meter persegi bersamaan 3.5 padang bola sepak bersaiz standard.

Sebagai kapal kontena terbesar dunia setakat ini, kapal itu mampu memuatkan 24,000 kontena pada satu-satu masa.

Naib Ketua Pengurus H&Z-CSSC, Liu Xuedong berkata teknologi motivasi air tercanggih turut digunakan kapal itu membolehkan ia beroperasi dengan kelajuan tinggi, di samping lebih bersih dan mesra alam.

“Dengan menggunakan konsep reka bentuk yang mengutamakan keperluan manusia, kelengkapan dan kemudahan dalam kapal tersebut turut disediakan mengikut standard hotel bertaraf empat bintang yang memberikan persekitaran kerja serta kehidupan anak kapal dengan lebih selesa,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast