Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sekolah menengah menjadi mangsa buli pelajar senior gara-gara salah seorang daripada mereka cemburu kerana mangsa bercakap dengan teman wanitanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridahlathrash Wahid berkata, pada 23 Jun lalu, pukul 9.40 malam, polis Daerah Hilir Perak telah menerima satu laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun yang menuntut di Tingkatan 2 telah dicederakan oleh  10 orang  pelajar lain di asrama sekolah di Teluk Intan.

Hasil siasatan mendapati mangsa dibuli oleh 10 suspek pelajar berumur  16 hingga 17 tahundi sekolah tersebut pada 23 Jun lalu antara pukul 12.30 tengah malam hingga 1 pagi.

murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Datuk Mior Faridalathrash Wahid

“Dalam kejadian ini  salah seorang suspek telah membawa mangsa ke bilik asrama dan kemudiannya memukul mangsa secara beramai-ramai dan mencederakan mangsa menggunakan seterika pada badan mangsa.

“Mangsa kemudiannya menghubungi ibunya serta mengadu mengalami sakit di bahagian pinggang,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Tambah Mior Faridahlathrash, ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut beliau, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan berada dalam keadaan stabil.

“Soal siasat awal polis mendapati pergaduhan tersebut dikatakan berpunca daripada perasaan  cemburu setelah mangsa berbual dengan seorang pelajar wanita yang juga teman wanita kepada salah seorang suspek membuli mangsa.

“Bertindak atas maklumat polis telah berjaya menahan kesemua 10 suspek pada hari yang sama kejadian pukul 11.20 malam sejurus selepas menerima laporan polis.

“Kesemua  suspek berkenaan kini telah direman selama empat hari sehingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 148 dan 326 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette