Operasi mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas di Jeti Pantai Bersih Butterworth disambung esok susulan faktor cuaca dan keadaan gelap.

BUTTERWORTH – Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri mati lemas ketika mandi di Jeti Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah, 11, dikatakan sedang bermandi di kawasan pantai itu bersama tiga lagi rakannya sebelum dilaporkan lemas pukul 5.30 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Faizwan Che Amat mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 5.45 petang.

Mohd Faizwan.

“Sembilan minit kemudian kami tiba di lokasi sebelum dimaklumkan mangsa dibawa arus ketika sedang mandi. Kita juga mendapati seorang pemancing yang berada di lokasi cuba menyelamatkan mangsa namun turut lemas sebelum dia diselamatkan orang awam.

Pemancing yang lemas ketika bantu mangsa diberikan rawatan awal di lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan sehingga pukul 7.30 malam dan diberhentikan atas faktor cuaca dan keadaan gelap,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Tambah Mohd Faizwan, operasi mencari dan menyelamat akan disambung esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast