JOHOR BAHRU- Pelbagai tarikan dan keunikan warisan pelancongan akan ditonjolkan bersempena Festival Majestic Johor yang bakal dianjurkan di Puteri Harbour, Iskandar Puteri pada September ini.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar berkata,
Katanya, selain itu kenderaan yang digunakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sewaktu Kembara Mahkota Johor (KMJ) juga akan dipamerkan sewaktu festival berlangsung.
Ia dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dengan disertai peserta daripada Singapura, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan, ujarnya.
“Berlangsung selama 11 hari bermula 8 September depan, Festival Majestic Johor akan dijadikan acara tahunan tetap di dalam kalender pelancongan Johor dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan.
“Penganjurannya mampu menjadi platform yang menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi tempatan melalui impak rantaian daripada sektor pelancongan, kebudayaan dan kesenian,” katanya pada sidang akhbar mengenai Festival Majestic Johor di Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (Jotic) pada hari ini.
Hadir sama, Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.
Raven berkata, pelbagai aktiviti berbentuk persembahan, demonstrasi, pameran pelancongan, jualan pakej pelancongan, sukan, perarakan, pelancongan kesihatan akan diadakan sepanjang festival.
“Penganjuran festival dalam tempoh yang panjang dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk hadir ke festival ini. Seterusnya penganjuran pelbagai aktiviti dapat menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.
“Festival ini merupakan salah satu inisiatif ke arah memperhebatkan sektor pelancongan negeri seterusnya memberi nilai tambah kepada negeri Johor. Ia sekaligus akan menaikkan lagi jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini selepas terkesan akibat Covid-19 sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette