Lima sekeluarga maut apabila bertembung dengan sebuah treler dari arah hadapan dalam tragedi nahas  di Jalan Kuantan-Segamat hari ini.

KUANTAN – Lima sekeluarga maut apabila bertembung dengan sebuah treler dari arah hadapan dalam tragedi nahas  di Jalan Kuantan-Segamat hari ini.

Kesemua mangsa beralamat terakhir dari Perak dikenali sebangai Muhammad Rosli  Ibrahim, 32, dan isteri, Nor Afiqah Abdullah Sani, 35.

Anak- anak mereka,  Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7, Nur Sofea Raida Muhammad Rosli, 6, manakala identiti bayi masih dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan berlaku pukul 3. 40 petang itu berlaku di  Jalan Kuantan – Segamat, berhampiran Stesen Minyak  Five, Gambang.

Ia melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuat kereta jenis Toyota dan treler jenis Nissan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota yang datang dari arah Muadzam menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai ditempat kejadian, tiba-tiba mangsa telah masuk laluan treler yang berada di laluan Kuantan-Segamat,” katanya.

Jelas Wan Mohd Zahari, meskipun pemandu treler berusia 26 tahun itu cuba mengelak namun tetap melanggar kereta berkenaan kerana jarak terlalu dekat.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian mangsa yang tiba-tiba masuk ke laluan treler hingga mengakibatkan kemalangan.

Kesemua jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan dan proses besdah siasat dilakukan sejurus ujian calitan Covid-19 diperoleh.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. – MalaysiaGazette