KRISIS ketidakcukupan makanan kini semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai negara.Isu ini mengundang pelbagai reaksi yang berbeza dari setiap negara dalam menangani ketidakcukupan makanan tersebut. Terbaru Iraq telah meluluskan
undang-undang kecukupan berikutan perang Russia-Ukraine bagi memberi subsidi kepada rakyatnya agar mendapat bahan asas makanan yang cukup.India pula telah lama melaksanakan Akta Kecukupan Makanan 2015 bagi menjamin rakyatnya mendapat makanan asas yang berkhasiat pada harga yang mampu milik.
Di Malaysia pula akhir-akhir ini isu kekurangan bekalan ayam, tepung, minyak dan sebagainya.Ditambah lagi dengan pelbagai kes ketidakcukupan dan kenaikan harga barang makanan seperti kes kibar bendera putih, sorok bahan mentah sebelum ini
contohnya tepung, minyak, belian pukal yang banyak bagi persediaan makanan sebelum diuar-urakan turunnya tanda-tanda akhir zaman, ura-ura pengenalan semula GST dan sebagainya.Tentunya hal-hal berkaitan kecukupan makanan ini sangat membimbangkan semua pihak dan rakyat. Namun persoalannya adakah setakat manakah persediaan kita selain dari segi spiritual sebagai penganut pelbagai agama, juga persediaan infrastruktur juga peraturan berkaitan makanan bagi pihak kerajaan dan pelbagai agensi penguatkuasa.
Jaminan kecukupan makanan adalah merupakan salah satu hak-hak asasi manusia iaitu hak kepada mendapat makanan seperti yang dipersetujui oleh pelbagai negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).Ini juga selaras dengan Matlamat Kedua Pembangunan Lestari, Tiada Kebuluran menjelang 2030.Namun, lewat kini kelihatan pelbagai isu berkaitan makanan yang timbul yang menyukarkan matlamat tersebut dicapai.
Walaupun Malaysia secara dasarnya tidaklah kelihatan terdesak seperti negara-negara yang disebutkan di atas, perlu bersikap lebih proaktif dengan memanfaatkan sumber asli juga apa-apa infrastruktur juga kemudahan yang ada sekarang bagi mengekang kebuluran pada masa akan datang.Usaha kerajaan mewujudkan pelan tindakan juga polisi Jaminan Kecukupan Makanan dilihat bagus walaupun kelihatan agak lambat dibicarakan dan dilaksanakan.
Penulis mencadangkan agar Malaysia menggubal dasar dan peraturan juga rang undang-undang yang berkaitan jaminan kecukupan makanan.Disarankan negara tidaklah perlu mengambil mana-mana negara tertentu sebagai model, mungkin setakat yang sesuai dengan keadaan semasa Malaysia sahaja.Sebagai contoh kad-kad bantuan subsidi makanan yang ada dijalankan oleh sesetengah negeri perlulah disambut dengan baik, malah perlu ditambah baik perlaksanaannya.
Penulis berpendapat antara perkara yang perlu dalam undang-undang dan peraturan berkaitan jaminan kecukupan makanan ialah mengekang kenaikan harga yang tidak wajar juga desakan oleh pembekal dan pengusaha makanan terutamanya bahan
asas seperti tepung, ayam, beras dan sebagainya adalah perlu dilaksanakan.Ini bagi menjamin semua orang mendapat jaminan makanan utama yang berkhasiat dan mencukupi.
Kekangan sistem percukaian yang akhirnya menyebabkan kenaikan harga barang terutamanya makanan asas juga perlu, tidak kira parti mana yang memerintah. Seharusnya sistem percukaian patut bersikap lebih mampan dan tidak menekan rakyat.Jika perihal kenaikan harga barang asas ini tidak dibendung secara perundangan penggubalan akta dan setakat melaksanakan undang-undang yang sedia ada mungkin tidak komprehensif dan cukup.
Jika tidak secara jangka masa panjang, harga barang asas akan semakin naik, dan ini akan meningkatkan kadar inflasi negara. Akibatnya rakyat sudah tidak mampu lagi membeli makanan dengan kewangan sedia ada. Apatah lagi kadar gaji di negara kita bukanlah tinggi, jadi kuasa membeli rakyat akan semakin kurang. Oleh itu di masa akan datang mungkin kempen bendera putih akan berlaku lagi walau semua bekerja dan berpendapatan dan kebuluran mungkin akan berlaku.Ditakuti bukan golongan yang berisiko sahaja seperti golongan tua, anak yatim ibu tunggal, mereka yang tinggal jauh di pedalaman sahaja, yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan, malah golongan bekerja juga berpendapatan rendah juga bakal terkesan jika hal-hal kenaikan barang tidak dikawal.
Oleh: Dr.Noor Dzuhaidah Osman
Ahmad Syukran Baharuddin
Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia