Dr Jaffry Zakaria menunjukkan teknik menggunakan peralatan sukan.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa buka ruang kepada para atlet negara untuk menyambut pengajian ke peringkat tertinggi.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff , tawaran pengajian kepada atlet bertujuan mengiktiraf kecemerlangan sukan yang disumbangkan atlet kepada negara di samping memastikan atlet tidak ketinggalan
dalam akademik.

“Di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) UPSI, misalnya terdapat ramai pensyarah yang pakar dalam sukan masing-masing baik yang terdiri di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

”Tenaga pengajar UPSI adalah bekas atlet, jurulatih dan pengurusan sukan yang sentiasa bersedia membantu pelajar yang berpotensi ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus membantu megara melahirkan atlet cemerlang,” jelasnya.

Antara bekas atlet negara yang berkhidmat di UPSi ialah Dr. Mon Redee Sut Txi (Pemanah Olympian Negara), Dr. Hazuan Hizan (Pemain Tenis Negara) dan Prof. Madya Dr. Nelfianty (Pemain Hoki Negara).

FSSK, katanya, menawarkan pengajian di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah.

Pengarah Akademik UPSI, Profesor Madya Dr. Abdul Rahim Razalli berkata, terdapat banyak pilihan program yang boleh dipilih oleh atlet yang meliputi bidang Sains Sukan, Kejurulatihan, Rehabilitasi Sukan, Psikologi Sukan dan juga
Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan).

Bagi program saluran khas atlet, masa pengajaran dan pembelajaran akan disusu, dengan jadual lebih fleksibel bagi membolehkan atlet mengikuti latihan harian mereka.

Selain itu, katanya, pendekatan pembelajaran teradun gantian merupakan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan,” ujarnya ketika mengadakan lawatan sesi temuduka kemasukan diploma pelajar ambilan Ogos di FSSK, Kampus Sultan Azlan
Shah, di sini, hari ini.

Dekan FSSK Dr. Jaffry Zakaria berkata, UPSI mempunyai prasarana yang serba canggih dan terkini bagi memastikan pelajar dapat menguasai ilmu sepanjang pengajian di sini.

Antara kemudahan yang ada seperti makmal biomekanik, makmal anatomi dan fisologi, makmal fisiologi senam, makmal psikologi, makmal rehabilitasi, makmal bantu mula, makmal pemakanan, makmal pembelajaran motor dan makmal
pedagogi.

Bekas atlet takraw kebangsaan. Mohd Futra Abd Ghani, 41, yang pernah memungut pingat emas sempena Sukan SEA 2005 dan baru selesai menyiapkan pengajian peringkat sarjana menganggap langkah yang diambil oleh UPSI sebagai
sesuatu yang baik untuk meletakkan atlet di tempat yang sepatutnya .

”Dalam usaha melahirkan jaguh dunia, saya rasa UPSI adalah pilihan terbaik dan saya sendiri sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di sini ,” katanya.

Mohd Futra yang juga seorang guru di Sekolah Sukan Terengganu dan jurulatih pasukan takraw Terengganu berkata, kelebihan melanjutkan pengajian di UPSI adalah ia berjalan seiring antara akademik dan sukan, malah UPSI memberi
kelonggaran untuk keselesaan pengajian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast