Meor Mohd Hilmi Meor Zainun

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wira Putra Malaysia akan memberi sokongan kepada mahasiswa sekiranya mereka turun ke jalanan demi bersuara untuk rakyat.

Ketua Penerangannya, Meor Mohd Hilmi Meor Zainun berkata, sayap Parti Bumiputera Perkasa Malaysia itu teruja dengan keberanian 20 persatuan pelajar universiti yang tegas menyatakan pendirian mendesak kerajaan segera menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Pada ketika rakyat sedang menderita, dengan keputusan kerajaan yang menekan rakyat seperti pengurangan subsidi, pemimpin langsung tidak sensitif dan kekal bergaji besar serta hidup bermewah-mewahan.

“Kerajaan langsung tidak sensitif dengan penderitaan rakyat, malah, pemimpin dan penjawat awam berjawatan tinggi kedekut untuk membuat pemotongan gaji dan elaun bagi membantu meringankan beban kewangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Wira Putra akan bersama jika rakan siswa turun ke jalanan bagi memperjuang dan melindungi kebajikan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast