Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Keputusan tawaran bagi kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022.

Oleh itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022
melalui kaedah berikut:
i. secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau
ii. murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke tingkatan enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

”Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama. Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama,” menurut kementerian ini dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pelajar yang ditawarkan ke tingkatan enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast