Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan yang mencuri cincin milik kakak iparnya untuk membayar hutang ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian di Perumahan Polis Taman Keramat Permai, di sini, pada Selasa lalu disedari mangsa yang berusia 33 tahun itu pada jam 2.30 petang.

“Mangsa yang pulang ke rumah dari luar terkejut selepas mendapati pintu depan rumahnya terbuka.

“Dia kemudian masuk membuat pemeriksaan dan mendapati dua bentuk cincin emas miliknya yang diletakkan di atas penapis air telah hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang juga adik ipar mangsa ditahan di Jalan Ampang Putra.

“Polis melakukan pemeriksaan lanjut ke atas suspek sebelum merampas satu resit pajakan kedai serta sejumlah wang tunai hasil pajakan dua cincin milik pengadu,” ujarnya.

Suspek direman tiga hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast